Nama : Zahari Shukri bin Zainal, P.P.T Emel : zahari [at] mpkj [dot] gov [dot] my
Objektif
Memberi kesedaran terhadap pematuhan undang-undang serta melaksanakan tindakan penguatkuasaan untuk warga di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang bagi meningkatkan kualiti kehidupan penduduk dan menaikkan imej Majlis selaras dengan dasar yang telah ditetapkan.
Fungsi
Melaksanakan tindakan penguatkuasaan melalui pemeriksaaan, bancian dan tindakan susulan terhadap perkara seperti Lesen Perniagaan, Penjaja Tanpa Kebenaran, Halangan Kaki Lima, Pusat Cuci Kenderaan, Pasar Malam/Pasar Pagi/Pasar Awam dan Penjualan Barang Lusuh.
Merancang dan mengatur tindakan operasi bersepadu terhadap perkara seperti Operasi Cyber Cafe Tanpa Lesen, Operasi Rumah Urut Tanpa Lesen, Operasi Halangan Tempat Letak Kenderaan dan Operasi Pusat Hiburan.
Mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap aduan mengenai kenderaan yang terbiar.
Membuat rondaan dan intipan terhadap aktiviti berkaitan pembuangan sampah haram.
Mengurus dan mengendalikan barang-barang sitaan serta menyediakan laporan barang yang hendak dilupuskan.
Menyediakan kertas siasatan untuk tindakan pendakwaan di Mahkamah.
Menerima dan memberi maklumbalas terhadap segala aduan yang diterima melalui sistem, panggilan telefon dan bersurat.
Mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap iklan tanpa kebenaran.
Membuat kawalan lalulintas serta mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pesalah-pesalah lalulintas.
Misi
Melaksanakan serta memperkasakan undang-undang dan penguatkuasaan dengan effisen, adil dan berkesan kepada semua warga di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang.
Visi
Mewujudkan proses tindakan penguatkuasaan yang adil dan saksama untuk semua warga di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang.
Hubungi Kami Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Kajang No 23-G, 23-1 & 23-2, Jalan Metro Avenue 1, Metro Avenue, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-87377899 samb 2018,2002, 2010 Fax : 03-87371943
Kemaskini Terakhir: Jumaat, 24 Januari 2025 - 5:31pm
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG, Menara MPKj Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
TALIAN AM
03-8737 7899
FAKS
03-8737 7897
HOTLINE ADUAN
1-800-88-6755
E-MEL
aduan [at] mpkj [dot] gov [dot] my
Jumlah Pelawat Keseluruhan:
Penafian: Majlis Perbandaran Kajang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.