Nama : Nor Shuhadah binti Buang Emel : shuhadah [at] mpkj [dot] gov [dot] my
Objektif
Membantu sesebuah organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.
Menilai, memeriksa, mengesahkan dan melaporkan tahap kepatuhan pengurusan kewangan dan pentadbiran Majlis ke atas undang-undang, pekeliling, peraturan dan polisi yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh pihak yang berkuasa dan pihak pengurusan tertinggi MPKj.
Mengemukakan cadangan dan syor penambahbaikan bagi meningkatkan mutu kualiti pentadbiran dan pengurusan kewangan selaras dengan laporan audit hasil dari penilaian, kajian, pemeriksaan dan pemerhatian yang telah dijalankan.
Melaksanakan penilaian, pemeriksaan dan melaporkan tahap kawalan yang telah diambil serta dipraktikkan bagi menjaga dan memelihara keselamatan pungutan wang, stor dan harta-harta majlis.
Menilai dan memeriksa tahap kecekapan prestasi pengurusan sesebuah aktiviti, program dan projek Majlis yang sedang atau telah dilaksanakan.
Matlamat Utama
Merencanakan dan mewujudkan satu sistem kawalan dalaman yang baik dan sempurna kepada pihak pengurusan ke atas hal ehwal kewangan, operasi dan projek MPKj.
Memastikan segala proses kerja dan operasi yang dijalankan oleh pihak pengurusan adalah mematuhi peraturan, arahan dan undang-undang yang telah diwartakan.
Memastikan standard dan kualiti pengurusan organisasi Majlis adalah pada tahap yang baik dan bermutu tinggi.
Hubungi Kami Unit Audit Dalam Tingkat 7B, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. No. Faks : 03-87394808
Kemaskini Terakhir: Jumaat, 24 Januari 2025 - 5:31pm
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG, Menara MPKj Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
TALIAN AM
03-8737 7899
FAKS
03-8737 7897
HOTLINE ADUAN
1-800-88-6755
E-MEL
aduan [at] mpkj [dot] gov [dot] my
Jumlah Pelawat Keseluruhan:
Penafian: Majlis Perbandaran Kajang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.