KAJANG - YBrs. Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta, Timbalan Yang Dipertua MPKj hadir sebagai pemerhati bagi Program Cabutan Undi Kerja-kerja di Jabatan Landskap dan Rekreasi MPKj Siri 1/2024 yang diadakan pada 12 Disember 2024 di Dewan Seri Cempaka, Saujana Impian, Kajang.
Cabutan undi ini dibuat untuk melantik kontraktor secara undi bagi menjalankan kerja-kerja menaik taraf kawasan lapang dan kemudahan riadah, kerja-kerja penyelenggaraan pokok teduhan, dan kerja-kerja pemasangan alatan permainan dan kemudahan taman di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang.
Pegawai Jabatan Pelesenan dan Penjaja MPKj serta Jabatan Pesuruhjaya Bangunan MPKj hadir membuat cabutan undi disaksikan oleh Tuan LAr. Norazman bin Abd Rahim, Pengarah Jabatan Landskap dan Rekreasi MPKj dan pemerhati iaitu Encik Thiagarajah a/l Rajagopal serta Encik Edwin Tang Wei Yong, Ahli Majlis MPKj selain wakil-wakil jabatan MPKj.
Usai cabutan undi dilaksanakan, taklimat ringkas diberikan kepada para kontraktor yang dipilih pada sesi cabutan kali ini. Sebanyak 189 kontraktor telah mendaftar bagi cabutan undi 33 kerja yang dibuka pada pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Proses cabutan undi bermula pukul 2.30 petang dan selesai pada pukul 3.30 petang.