MENU

KAJANG - YBrs. Tuan Nazli bin Md Taib, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) diiringi Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta, Timbalan Yang Dipertua MPKj dan Ir. Hajah Fadilah binti Razalli, Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) MPKj hadir seterusnya merasmikan Majlis Makan Malam Hari Deepavali MPKj Tahun 2024 pada 10 Disember 2024 yang diadakan di Dewan Seri Cempaka, Saujana Impian, Kajang.

Majlis yang turut dihadiri Ahli-ahli Majlis MPKj, pegawai dan kakitangan berbangsa India serta ahli keluarga ini diadakan bertujuan meraikan pegawai dan kakitangan MPKj beragama Hindu sempena Perayaan Deepavali Tahun 2024 seterusnya menghargai usaha, dan khidmat kerja warga MPKj berbangsa India.

Tuan Yang Dipertua MPKj dalam ucapan beliau berharap majlis sebegini diteruskan pada tahun akan datang dengan penambahbaikan dan kelainan yang bersesuaian. Beliau turut menyatakan penghargaan serta ucapan terima kasih kepada para pekerja MPKj dan jawatankuasa yang menjayakan majlis kali ini.

deepavali