MENU

SEMENYIH - YBrs. Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta, Timbalan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) hadir seterusnya mengiringi YB Datuk Wira Johan bin Abdul Aziz, Ahli Dewan Negeri Dusun Tua merangkap Penyelaras DUN Semenyih merasmikan Program Saring Selangor dan Majlis Serahan Bantuan Masuk Sekolah Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) Bagi Tahun 2025 pada 14 Disember 2024 (Sabtu) di Kompleks MPKj @ Setia Ecohill, Semenyih.

Turut hadir pegawai Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), PDRM IPD Kajang, Pejabat Daerah Tanah Hulu Langat, ketua-ketua penghulu, pegawai MPKj dan agensi kerajaan serta penduduk sekitar DUN Semenyih dan Parlimen Hulu Langat.

Program saringan kesihatan yang diadakan setiap tahun ini bertujuan bagi melakukan pengesanan awal 12 jenis penyakit seperti jantung, darah tinggi, kencing manis, kanser payudara, kanser prostat dan banyak lagi.

Bantuan masuk sekolah TAWAS bagi tahun 2025 pula diberikan kepada 1019 penerima daripada DUN Semenyih dan 470 penerima daripada DUN Dusun Tua.

Selain itu, turut diadakan pertandingan mewarna kanak-kanak dan pelbagai reruai pameran serta jualan.

tawas