MENU

KAJANG - YBrs. Encik Mohammad Izuddin bin Ramli, Pengarah Jabatan Pelesenan dan Penjaja (JPL) Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bersama Puan Sangeetha a/p Chandra Mohan, Ahli Majlis MPKj MPP Zon 19 telah menyampaikan Permit Perniagaan Sementara kepada 15 orang peniaga kecil yang dipindahkan dari Jalan 1/5 dan 1/2 di sekitar Pasaraya Billion, Bandar Teknologi Kajang ke tapak baharu di Jalan 1/2 Bandar Teknologi Kajang yang mula beroperasi pada 1 Disember 2024.

Seterusnya, Pengarah JPL dan Ahli Majlis MPKj serta pegawai MPKj beramah mesra dan bertanya khabar kepada para penjaja di Pusat Penjaja Sementara MPKj Bandar Teknologi Kajang.

Program sebegini bertujuan membantu para penjaja berniaga dengan lebih selesa, teratur dan selamat serta mematuhi peraturan pihak berkuasa tempatan. Kerjasama semua pihak amat diharapkan bagi memperoleh situasi menang-menang seperti ini.

permit