KAJANG - YBrs. Tuan Nazli bin Md Taib, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyerahkan Surat Tawaran Penganjuran Gerai Juadah Ramadan MPKj Tahun 2025 pada 6 Januari 2025 (Isnin) bertempat di Teater Mini, Menara MPKj sambil diiringi Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta, Timbalan Yang Dipertua MPKj dan Encik Mohammad Izuddin bin Ramli, Pengarah Jabatan Pelesenan dan Penjaja MPKj.
Taklimat Pengurusan Gerai Juadah Ramadan 2025 telah disampaikan oleh Tuan Ruhaizat bin Zahari, Ketua Cawangan KPDN Kajang dan Puan Razanah Suaida binti Rosli, Ketua Unit Skim Pekerjaan Sendiri, PERKESO Putrajaya sebelum sesi serahan surat tawaran.
Selain itu, turut diadakan taklimat pengurusan tapak gerai oleh Pengarah Jabatan Pelesenan dan Penjaja MPKj, disusuli pegawai Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan MPKj tentang kebersihan makanan serta taklimat tindakan penguatkuasaan oleh pegawai Jabatan Penguatkuasaan MPKj.
Sebanyak 30 lokasi bazar Ramadan yang diselia oleh pihak penganjur dan tujuh lokasi bazar Ramadan diselia oleh MPKj sepanjang bulan puasa tahun 2025.
Semoga bazar Ramadan tahun 2025 ini dapat diadakan dengan meriah serta mengikut peraturan yang ditetapkan bagi menjamin keselesaan semua pihak.