MENU

SEMENYIH - Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah mengadakan Program Borak Santai Cukai Taksiran pada 19 Januari 2025 (Ahad) bertempat di Pasar Raya Jaya Grocer, Eco Majestic, Semenyih yang dikendalikan oleh pegawai dan kakitangan Bahagian Hasil MPKj.

Program bertujuan memberi pendedahan kepada penduduk tentang kaedah bayaran cukai taksiran secara dalam talian menggunakan Aplikasi MyMPKj4u bagi menggalakkan pendigitalan dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Selain itu, dihebahkan tawaran rebat cukai taksiran MPKj tahun 2025 bagi pembayar cukai taksiran setahun dan tanpa tunggakan tertakluk terma dan syarat. Di samping itu, diadakan pelbagai aktiviti dan hadiah menarik diberikan kepada penduduk yang hadir ke program tersebut.

MPKj amat menggalakkan pemilik harta dan penduduk dalam kawasan MPKj menggunakan Aplikasi MyMPKj4u dan medium bayaran secara dalam talian lain. Tambahan pula, para pembayar cukai diingatkan tidak menunda atau menangguhkan membuat bayaran bagi mengelakkan dikenakan denda lewat.

borak